Isnin, 27 Julai 2009

FRESH CREAM EDIBLE IMAGE

Wah... kira2nya aku berpuas hati juga lah minggu ni.. sebab banyak benda aku boleh buat... Aku membuat benda-benda ni sebenarnya saja nak menguji kemahiran diri sendiri... boleh atau tak aku buat benda2 cam ni.... Tapi alhamdulillah, walaupun tak secantik mana namun anak2 aku semuanya suka makan kek ni.

Cartoon ni kegemaran anak aku.. bila buka chanel tv memang cartoon ni yang membuatkan dia duduk diam depan tv... al maklum lah budak2..

Thanks Som, dapat juga ko belikan aku edible image di Bake With Me masa ko pergi ke KK hari tu. Ingat juga ko dengan aku ah... sbb aku tau ko lah penyokong setia aku... selalu memberi semangat dan inspirasi... Jgn ko kembang dah lah yee...

Kek ini aku buat menggunakan kek span. Aku pun suka dengan keknya yang lembut. Memanglah kan... dah buat mestilah suka.. lagipun designnya pandai2 sendiri... At lease aku bolehlah juga mencurahkan sedikit imaginasi aku ni di atas kek..

Walaupun fresh cream aku terlembut sikit.. namun aku berpuas hati sbb aku telah mengembirakan hati anak2 dan juga anak2 buah aku... Yang penting hidup ni mesti happy....!

Ini lah hasil kerj tanganku.. walaupun ada kekurangannya di mataku... apatah lagi di mata org lain.. Namun ini tidak akan melunturkan semangatku untuk mencuba sesuatu yang baru... Di dalam kek ini aku campurkan dengan buah-buahan. Bila dimakan tidaklah terasa plain saja.
Seperti kata Kalthom... mencabar diri untuk membuat sesuatu. Best ayat tu... :)

KEK LAPIS DURIAN

Kesempatan di hujung minggu untuk mengupgradekan kreativiti tidak pernah disia-siakan jika keadaan mengizinkan. Kesibukan sehari-hari di office dapat dilupakan buat seketika apabila ada saja aktiviti yang dibuat di rumah.
Beginilah keadaan buah durian yang tergantung yang terdapat di perkarangan rumah jiranku. Dan di atas semangat kejiranan yang tak pernah pudar (sebenarnya jiranku berlainan bangsa - Chinese) namun tak pernah berkira dan tak ada sifat dengki mendengki antara satu sama lain. Walaupun duriannya di tanam dekat rumahnya ... namun buahnya jatuh juga ke rumah.. Hee..hee..hee. Thanks koko.. (abang) Jiranku telah berbesar hati memberikan aku buah2 duriannya beberapa biji untuk dijamu oleh keluargaku.. Nyam..Nyam..Nyam... Manisssssnya.... Dan oleh kerana aku sudah ter imagine kek lapis yang dibuat daripada durian yang enak ini... maka aku korbankan dua biji isi durian untuk dilenyek untuk dijadikan kek lapis. Dapat buat dua loyang pun sudah memadai untuk aku agih2kan kepada jiranku dan keluarga dan belah suami. Sekadar merasa.... sebab dapat durian free..

Jeng..Jeng.. Jeng.. Inilah hasilnya.. KEK LAPIS DURIAN. Mak aku bukan main seronok lagi makan kek ni... Dia kata sedap.. Apa tak nya.. isi duriannya padat di dalam. Aku pun kembanglah sikit bila kena puji....
Jiran aku pun bukan main suka lagi... bila dapat kek ni.. dia cakap nak bagi lagi durian..... Paham lah aku tu... dia nak aku buat lagi...Ya bedabedu..... Senangnya dalam hati dapat lagi durian free...
Falsafah hidup ... Mengembirakan hati orang lain lebih baik daripada menyakiti hati orang lain.

Isnin, 13 Julai 2009

BORINGGG........


Minggu lepas adalah merupakan hari2 yg boringgggggggggg.......
Boring sebab tak dapat travelling.......
Boring sebab everyday tak ada air kat rumah......
Boring sebab tak dapat buat kek....
Boring sebab tak buat apa2 kat rumah...
coz...
Anak aku nak exam..
Bekalan air ke rumah dicatu setiap hari....
Bila dah tak ada air.. tak boleh nak buat apa2..kena jimat cermat air..(peralatan semua kena cuci)
Ini lagi satu... boring yang paling2 boring..
Nak buat kek... camanaaa..... Gula kat Labuan semua tak ada.. Habis round kedai, tak jumpa2 gula walaupun 1kg. Hancussssss habis..

Aku memang tak pandai nak stok gula banyak2.. Paling banyakpun kalau aku simpan 1kg je.. tu pun sebulan tak habis kalau guna sendiri... sbbnya kat rumah gula jarang digunakan untuk membuat minuman. Sekarang ni... bila dah nak operasi buat kek, gula plak tak ada.....

Tension....tension.....

Isnin, 29 Jun 2009

BASKETWEAVE IMPIANKU....

Hari yang aku nantikan sudah tiba. Semalam tanggal 28.06.2009, hari Ahad dan seawal jam enam pagi aku dah bangun utk membuat kerja rumah mana-mana yg patut dulu sebelum aku mengerah tenaga membuat basketweave.

Jam 9.10 pagi aku telah menapak di rumah Kalthom utk belajar membuat basketweave. Teruja bukan main lagi... Rasanya tak sabar sungguh dan first time aku mememang segala-galanya yg berkaitan dgn butter cream. Memang seronok sangat-sangat dan aku sudah berjaya mengilhamkan BASKETWEAVE IMPIANKU.




Atas kesabaran dan kesungguhanku... Tarrrra...........


Antara posing2 yg diambil.....

"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHRRRRHHHH.........Kedua-dua kami menjerit kuat sehingga tak sedar org keliling.. Kek aku sudah berlubang sehingga menampakkan isinya sbb Kalthom nak ubah kedudukan kek takut bunga-bunganya terkena kotak.. Hee..hee.. last2 bukan kotak yg kena tapi tangannya yg masuk ke sana dan kesiannya dia yg kena repair balik. Nasib baik bukan bunga yg rosak..


Inilah hasil kerjaku selama beberapa jam di rumah Kalthom. Aku sangat2 berpuas hati dengan hasil kerjaku.. Kembang sikit bila kena puji kek aku cantik... Thank you Som..

Khamis, 25 Jun 2009

AWARD!!!!!




DAPAT TAG DARIPADA : www.kalthomscakes.blogspot.com

NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Nama glamour JUNE. Utk anak2 buah gelaran diberikan Ngangah (Mak Ngah).


ANDA SEORANG YANG :
Negatif - Mudah terharu, takut (especially cerita hantu & sewaktu dengannya) dan pemarah (ada juga lah sikit2).
Positif - penyayang, mudah mengalah (kalau ngam dengan gayanya) & suka berkawan dengan sesiapa saja.


INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA:
Keluargaku... Especially my lovely hubby, mama & babah dan tiga org anak2ku. Tanpa kalian siapalah aku.

LAGU KESUKAAN ANDA:
Aku minat sangat lagu-lagu irama sentimental, pop rock dan balada.

MAKANAN KESUKAAN ANDA:
Stim Ikan Asam Pedas dan sayur kegemaran...Peria Tumis Belacan

WARNA KESUKAAN ANDA:
Coklat, hijau, unggu.


SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Mencari benda dan menunggu lama

TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:

The Money Tree
Myspace 2.0 layouts




Call Me!
New MySpace Layouts




I Miss You
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds




KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??

Aku selalu menangis kalau aku rasa sedih dan kecewa... tapi ada kalanya aku menangis kerana sangat2 gembira..

TAG 6 RAKAN ANDA:
1. Kalthom - http://www.kalthomcakes.blogspot.com/
2. Katy - http://www.cuteycakescorner.blogspot.com/

4 orang lagi aku belum tahu mau bagi dengan siapa...Aku kena fikirkan dulu yee..


Good Day
New MySpace Layouts


PROGRAM HUJUNG MINGGU


Good Weekend
Myspace Layouts



Lalalalala...... tak sabar rasanya menunggu hari minggu ni... sampai termimpi2 sudah aku... Harap2 tiada aral melintang utk aku berguru hujung minggu ni....

Rabu, 24 Jun 2009

TERUJA SANGAT-SANGAT


Rasanya tak sabar aku nak pg kelas buat basketwave hujung minggu ni. Tak sabar utk aku nak buat deco bunga-bungaan...

Pstt... sebenarnya aku dah ada plan bila dah pandai buat nanti... nak tau apa?
Tunggu lah... mana aci bagi tau awal2, nanti pecah rahsia... just suprise for somebody.. Hee..hee.hee....