Isnin, 27 Julai 2009

KEK LAPIS DURIAN

Kesempatan di hujung minggu untuk mengupgradekan kreativiti tidak pernah disia-siakan jika keadaan mengizinkan. Kesibukan sehari-hari di office dapat dilupakan buat seketika apabila ada saja aktiviti yang dibuat di rumah.
Beginilah keadaan buah durian yang tergantung yang terdapat di perkarangan rumah jiranku. Dan di atas semangat kejiranan yang tak pernah pudar (sebenarnya jiranku berlainan bangsa - Chinese) namun tak pernah berkira dan tak ada sifat dengki mendengki antara satu sama lain. Walaupun duriannya di tanam dekat rumahnya ... namun buahnya jatuh juga ke rumah.. Hee..hee..hee. Thanks koko.. (abang) Jiranku telah berbesar hati memberikan aku buah2 duriannya beberapa biji untuk dijamu oleh keluargaku.. Nyam..Nyam..Nyam... Manisssssnya.... Dan oleh kerana aku sudah ter imagine kek lapis yang dibuat daripada durian yang enak ini... maka aku korbankan dua biji isi durian untuk dilenyek untuk dijadikan kek lapis. Dapat buat dua loyang pun sudah memadai untuk aku agih2kan kepada jiranku dan keluarga dan belah suami. Sekadar merasa.... sebab dapat durian free..

Jeng..Jeng.. Jeng.. Inilah hasilnya.. KEK LAPIS DURIAN. Mak aku bukan main seronok lagi makan kek ni... Dia kata sedap.. Apa tak nya.. isi duriannya padat di dalam. Aku pun kembanglah sikit bila kena puji....
Jiran aku pun bukan main suka lagi... bila dapat kek ni.. dia cakap nak bagi lagi durian..... Paham lah aku tu... dia nak aku buat lagi...Ya bedabedu..... Senangnya dalam hati dapat lagi durian free...
Falsafah hidup ... Mengembirakan hati orang lain lebih baik daripada menyakiti hati orang lain.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan