Isnin, 27 Julai 2009

FRESH CREAM EDIBLE IMAGE

Wah... kira2nya aku berpuas hati juga lah minggu ni.. sebab banyak benda aku boleh buat... Aku membuat benda-benda ni sebenarnya saja nak menguji kemahiran diri sendiri... boleh atau tak aku buat benda2 cam ni.... Tapi alhamdulillah, walaupun tak secantik mana namun anak2 aku semuanya suka makan kek ni.

Cartoon ni kegemaran anak aku.. bila buka chanel tv memang cartoon ni yang membuatkan dia duduk diam depan tv... al maklum lah budak2..

Thanks Som, dapat juga ko belikan aku edible image di Bake With Me masa ko pergi ke KK hari tu. Ingat juga ko dengan aku ah... sbb aku tau ko lah penyokong setia aku... selalu memberi semangat dan inspirasi... Jgn ko kembang dah lah yee...

Kek ini aku buat menggunakan kek span. Aku pun suka dengan keknya yang lembut. Memanglah kan... dah buat mestilah suka.. lagipun designnya pandai2 sendiri... At lease aku bolehlah juga mencurahkan sedikit imaginasi aku ni di atas kek..

Walaupun fresh cream aku terlembut sikit.. namun aku berpuas hati sbb aku telah mengembirakan hati anak2 dan juga anak2 buah aku... Yang penting hidup ni mesti happy....!

Ini lah hasil kerj tanganku.. walaupun ada kekurangannya di mataku... apatah lagi di mata org lain.. Namun ini tidak akan melunturkan semangatku untuk mencuba sesuatu yang baru... Di dalam kek ini aku campurkan dengan buah-buahan. Bila dimakan tidaklah terasa plain saja.
Seperti kata Kalthom... mencabar diri untuk membuat sesuatu. Best ayat tu... :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan