Hari yang aku nantikan sudah tiba. Semalam tanggal 28.06.2009, hari Ahad dan seawal jam enam pagi aku dah bangun utk membuat kerja rumah mana-mana yg patut dulu sebelum aku mengerah tenaga membuat basketweave.
Jam 9.10 pagi aku telah menapak di rumah Kalthom utk belajar membuat basketweave. Teruja bukan main lagi... Rasanya tak sabar sungguh dan first time aku mememang segala-galanya yg berkaitan dgn butter cream. Memang seronok sangat-sangat dan aku sudah berjaya mengilhamkan BASKETWEAVE IMPIANKU.
Atas kesabaran dan kesungguhanku... Tarrrra...........
Antara posing2 yg diambil.....
"AAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAAHHHHHHHHHHHHHRRRRHHHH.........Kedua-dua kami menjerit kuat sehingga tak sedar org keliling.. Kek aku sudah berlubang sehingga menampakkan isinya sbb Kalthom nak ubah kedudukan kek takut bunga-bunganya terkena kotak.. Hee..hee.. last2 bukan kotak yg kena tapi tangannya yg masuk ke sana dan kesiannya dia yg kena repair balik. Nasib baik bukan bunga yg rosak..
Inilah hasil kerjaku selama beberapa jam di rumah Kalthom. Aku sangat2 berpuas hati dengan hasil kerjaku.. Kembang sikit bila kena puji kek aku cantik... Thank you Som..
Isnin, 29 Jun 2009
Khamis, 25 Jun 2009
AWARD!!!!!
DAPAT TAG DARIPADA : www.kalthomscakes.blogspot.com
NAMA-NAMA TIMANGAN ANDA:
Nama glamour JUNE. Utk anak2 buah gelaran diberikan Ngangah (Mak Ngah).
ANDA SEORANG YANG :
Negatif - Mudah terharu, takut (especially cerita hantu & sewaktu dengannya) dan pemarah (ada juga lah sikit2).
Positif - penyayang, mudah mengalah (kalau ngam dengan gayanya) & suka berkawan dengan sesiapa saja.
INSAN TERISTIMEWA?? DESCRIBE APA YANG MEMBUATKAN DIA TERLALU ISTIMEWA DIMATA ANDA:
Keluargaku... Especially my lovely hubby, mama & babah dan tiga org anak2ku. Tanpa kalian siapalah aku.
LAGU KESUKAAN ANDA:
Aku minat sangat lagu-lagu irama sentimental, pop rock dan balada.
MAKANAN KESUKAAN ANDA:
Stim Ikan Asam Pedas dan sayur kegemaran...Peria Tumis Belacan
WARNA KESUKAAN ANDA:
Coklat, hijau, unggu.
SIKAP YANG MEMBUATKAN ANDA STRESS:
Mencari benda dan menunggu lama
TIGA BENDA YANG MESTI ADA DALAM BEG ANDA:
Got a Twitter? Grab some Custom Twitter Backgrounds
KALI TERAKHIR ANDA MENANGIS DAN KENAPA??
Aku selalu menangis kalau aku rasa sedih dan kecewa... tapi ada kalanya aku menangis kerana sangat2 gembira..
TAG 6 RAKAN ANDA:
1. Kalthom - http://www.kalthomcakes.blogspot.com/
2. Katy - http://www.cuteycakescorner.blogspot.com/
4 orang lagi aku belum tahu mau bagi dengan siapa...Aku kena fikirkan dulu yee..
PROGRAM HUJUNG MINGGU
Lalalalala...... tak sabar rasanya menunggu hari minggu ni... sampai termimpi2 sudah aku... Harap2 tiada aral melintang utk aku berguru hujung minggu ni....
Rabu, 24 Jun 2009
TERUJA SANGAT-SANGAT
Rasanya tak sabar aku nak pg kelas buat basketwave hujung minggu ni. Tak sabar utk aku nak buat deco bunga-bungaan...
Pstt... sebenarnya aku dah ada plan bila dah pandai buat nanti... nak tau apa?
Tunggu lah... mana aci bagi tau awal2, nanti pecah rahsia... just suprise for somebody.. Hee..hee.hee....
Jumaat, 12 Jun 2009
KESIHATAN
Hai kawan2... u all oke ke hari ni? Kalau kurang sihat tu, rajin2 lah makan ubat. Jaga kesihatan, tidur yg cukup dan yg seangkatan dengannya... Kalau tak sihat mcmana nak bisnes... He..He..He... Produktiviti ditingkatkan kesihatan diutamakan
Buat memberku kat sebelah tu... Jgn terlalu berjaga malam utk buat deco, nanti tambah sembab mata tu.
Khamis, 11 Jun 2009
AH LAN WA SAH LAN !!!!!
Terima kasih kpd yg sudi melayari blogku ini. Walaupun tidak se happening blog2 member2 ku yg lain. Walau bagaimanapun, aku rasa berbangga atas pencapaianku membuat blog ini. Kpd member2 yg memberi support ............
Comments from pYzam.com
KEK LAPIS ASAM MANIS & KEK LAPIS BLUEBERRY
Yes! Yes! Yes! Walaupun aku siap melayer jam 12. 30 t'malam namun malam ni aku telah berjaya menghasilkan Kek Lapis Blueberry dan Kek Lapis Masam Manis. Aku rasa frust juga sedikit sbbnya..... sebenarnya aku nak buat Kek Lapis Blueberry Corak2. Tapi aku tak tau mana silapnya.. aku terlayer tebal pulak menyebabkan ketidak cantikan potongannya menyerlah.
Sebenarnya ini utk inti coraknya... tapi oleh kerana sudah tak lawa di design.. maka terhasillah design potong rata. he..he..he..Sambil2 aku melayer.. aku sempat lagi tengok sinetron Cinta Indah jam 11.00 malam.
Aku memang minat dengan sinetron tersebut sbb Si Indahnya cantik banget! Tapi yg tak syoknya banyak watak dlm cite tu menyakitkan hati dan buat gue sebel deh! Tapi klu buat Indah, gue sanggup nontonnya walaupun udah malem...
Sinopsis sikit dengan sinetron Indahnya...? Boleh.. boleh, ngak keberatan kok!
Indah seorang wanita yg berhati mulia walaupun seringkali disakiti... Tu aje deh... klu mau tau lagi nonton dehhhhhhhhh...Nah....... Inilah dia hasilnya.. Tarraaa... Kek Lapis Blueberry. Walaupun tak menjadi corak seperti yg diinginkan, tapi utk memuaskan hatiku yg hampa, aku buat je corak letak atas piring iaitu corak dadu. Manakala gambar kat sebelah kanan ini pula adalah Kek Lapis Masam Manis.
Kira2 rajin juga kan aku menyusun asam manisnya.....? Walaupun sudah lewat malam.. tapi aku tetap susun juga biar keren gitu....
Keknya ngak dipotong ya bu?
Gimana gue mau potong, kalau keknya baru aja keluar dari oven! Panas banget lagi... Maunya disejukkin dulu... baru asyik potongnya.. Wah! Mentang2 hari2 aku tengok sinetron Cinta Indah.. boleh mantep juga yeh aku punya bahasa Indon... Hua... hua.. hua
Apa lah korang ni... aku puji diri aku sendiri lah... Masuk bakul, tekan lif naik sendiri sampai tingkat 10.... Ha..ha..ha...
Got a Twitter? Grab some Free Twitter Backgrounds
Utk husband ku... thanks sbb tengokkan mixer yg sedang berputar tadi.. Aku kuar rumah kejap cari kepingan masam manis.... alamak! Punya susah aku cari.. sampai 3 kedai mini aku cari baru lah aku jumpa..
Selasa, 9 Jun 2009
SEMANIS KATA
Nah..... ambiklah bunga ros ini sebagai tanda ingatanku kepada kamu!
Firstly aku nak ucapkan thanks bebanyak especially buat member kat sebelah aku ni dan member kat HQ... yg telah banyak bagi support utk aku buat blog. Walaupun rasanya aku tak larat nak buat... namun atas semanagat setia kawan aku rela berkorban sedikit masa utk menikus di PC.
Aku rasa terharu dengan sokongan yg korang berikan, walaupun....... blogku tak se kreatif korang semua...isk..isk..isk
Khamis, 4 Jun 2009
Cubalah Bingka Cheese yang sememangnya mewah dengan cheese.. Harga yang ditawarkan memang berpatutan dan amat sesuai dijamu tak kira di waktu apa pun jua...
Especially waktu santai bersama keluarga....
Bingka Cheese .. sedap?? Kpd yg telah merasa tu.. rasanya komen yg diberikan cukup menyenangkan. Tingkue....
Nak order? Boleh nah klu ko! Harga yang ditawarkan amat berpatutuan cuma RM55.00 (1 loyang 8 x 8 - adunan tebal). Kalau loyang kecil 6 x 6 - adunan nipis cuma RM30.00 sahaja.
Nak order? Boleh nah klu ko! Harga yang ditawarkan amat berpatutuan cuma RM55.00 (1 loyang 8 x 8 - adunan tebal). Kalau loyang kecil 6 x 6 - adunan nipis cuma RM30.00 sahaja.
Adik aku pernah kata, time aku buat semua semut cuti sekolah sbb tu lah sarangnya tak ada! Kuang.. kuang.. kuang!
Ini lah yg dikatakan... gagal sekali bukan bererti kita akan gagal buat selama-lamanya.. Yang penting semangat ingin mencuba perlu sentiasa diterapkan dalam diri kita.
Langgan:
Catatan (Atom)