Isnin, 27 Julai 2009

FRESH CREAM EDIBLE IMAGE

Wah... kira2nya aku berpuas hati juga lah minggu ni.. sebab banyak benda aku boleh buat... Aku membuat benda-benda ni sebenarnya saja nak menguji kemahiran diri sendiri... boleh atau tak aku buat benda2 cam ni.... Tapi alhamdulillah, walaupun tak secantik mana namun anak2 aku semuanya suka makan kek ni.

Cartoon ni kegemaran anak aku.. bila buka chanel tv memang cartoon ni yang membuatkan dia duduk diam depan tv... al maklum lah budak2..

Thanks Som, dapat juga ko belikan aku edible image di Bake With Me masa ko pergi ke KK hari tu. Ingat juga ko dengan aku ah... sbb aku tau ko lah penyokong setia aku... selalu memberi semangat dan inspirasi... Jgn ko kembang dah lah yee...

Kek ini aku buat menggunakan kek span. Aku pun suka dengan keknya yang lembut. Memanglah kan... dah buat mestilah suka.. lagipun designnya pandai2 sendiri... At lease aku bolehlah juga mencurahkan sedikit imaginasi aku ni di atas kek..

Walaupun fresh cream aku terlembut sikit.. namun aku berpuas hati sbb aku telah mengembirakan hati anak2 dan juga anak2 buah aku... Yang penting hidup ni mesti happy....!

Ini lah hasil kerj tanganku.. walaupun ada kekurangannya di mataku... apatah lagi di mata org lain.. Namun ini tidak akan melunturkan semangatku untuk mencuba sesuatu yang baru... Di dalam kek ini aku campurkan dengan buah-buahan. Bila dimakan tidaklah terasa plain saja.
Seperti kata Kalthom... mencabar diri untuk membuat sesuatu. Best ayat tu... :)

KEK LAPIS DURIAN

Kesempatan di hujung minggu untuk mengupgradekan kreativiti tidak pernah disia-siakan jika keadaan mengizinkan. Kesibukan sehari-hari di office dapat dilupakan buat seketika apabila ada saja aktiviti yang dibuat di rumah.
Beginilah keadaan buah durian yang tergantung yang terdapat di perkarangan rumah jiranku. Dan di atas semangat kejiranan yang tak pernah pudar (sebenarnya jiranku berlainan bangsa - Chinese) namun tak pernah berkira dan tak ada sifat dengki mendengki antara satu sama lain. Walaupun duriannya di tanam dekat rumahnya ... namun buahnya jatuh juga ke rumah.. Hee..hee..hee. Thanks koko.. (abang) Jiranku telah berbesar hati memberikan aku buah2 duriannya beberapa biji untuk dijamu oleh keluargaku.. Nyam..Nyam..Nyam... Manisssssnya.... Dan oleh kerana aku sudah ter imagine kek lapis yang dibuat daripada durian yang enak ini... maka aku korbankan dua biji isi durian untuk dilenyek untuk dijadikan kek lapis. Dapat buat dua loyang pun sudah memadai untuk aku agih2kan kepada jiranku dan keluarga dan belah suami. Sekadar merasa.... sebab dapat durian free..

Jeng..Jeng.. Jeng.. Inilah hasilnya.. KEK LAPIS DURIAN. Mak aku bukan main seronok lagi makan kek ni... Dia kata sedap.. Apa tak nya.. isi duriannya padat di dalam. Aku pun kembanglah sikit bila kena puji....
Jiran aku pun bukan main suka lagi... bila dapat kek ni.. dia cakap nak bagi lagi durian..... Paham lah aku tu... dia nak aku buat lagi...Ya bedabedu..... Senangnya dalam hati dapat lagi durian free...
Falsafah hidup ... Mengembirakan hati orang lain lebih baik daripada menyakiti hati orang lain.

Isnin, 13 Julai 2009

BORINGGG........


Minggu lepas adalah merupakan hari2 yg boringgggggggggg.......
Boring sebab tak dapat travelling.......
Boring sebab everyday tak ada air kat rumah......
Boring sebab tak dapat buat kek....
Boring sebab tak buat apa2 kat rumah...
coz...
Anak aku nak exam..
Bekalan air ke rumah dicatu setiap hari....
Bila dah tak ada air.. tak boleh nak buat apa2..kena jimat cermat air..(peralatan semua kena cuci)
Ini lagi satu... boring yang paling2 boring..
Nak buat kek... camanaaa..... Gula kat Labuan semua tak ada.. Habis round kedai, tak jumpa2 gula walaupun 1kg. Hancussssss habis..

Aku memang tak pandai nak stok gula banyak2.. Paling banyakpun kalau aku simpan 1kg je.. tu pun sebulan tak habis kalau guna sendiri... sbbnya kat rumah gula jarang digunakan untuk membuat minuman. Sekarang ni... bila dah nak operasi buat kek, gula plak tak ada.....

Tension....tension.....