Isnin, 18 Mei 2009

KEK LAPIS

Antara jenis2 kek lapis yang telah dipelajari semasa attain course di LTC, yg lain tak sempat ambil gambar. Gambar ini disumbangkan oleh Kalthom' Cakes House. TQ bebanyak....!



Ini adalah kelas pertama yang telah aku hadiri di Labuan Trainning Centre pada 9 - 10 Mei 2009. Kira-kira aku teruja juga lah sikit sebab ianya bersangkut paut dengan kek lapis sarawak. Al-maklumlah... aku ni memang kaki makan kek lapis... Every year tempah ngan org ja... tahun ni eksyen lah sikit... tayang lah sikit... dah pandai buat kek lapis. Antara aksi2 ku... semasa di kelas.


Kak Masnah dari HR, PL pun ikut serta dalam course ni... ambil ilmu dan timba pengalaman sikit2. Kira2 bila dah pandai buat.. bleh lah ambik tempahan.

Ini adalah hasil pertama kerja tanganku... rasanya memang nyam..nyam.. nyam! Sedap. Yg dibuat ada empat jenis semuanya tetapi yg tinggal cuma tiga jenis ja... jgn mare...
Light Purple (Kek Lapis Yam), Dark Purple (Kek Lapis Blueberry) dan yg ada buah-buahan tu namanya Kek Lapis Pisang Buah-Buahan Bercoklat. Kepada yg telah merasa bolehlah komen sikit?

1 ulasan:

  1. macam ni lah kak jun. baru syok sama2 memblog... tahniah..

    BalasPadam